Bapa Timbalan Ketua Polis Negara meninggal dunia

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SEREMBAN - Bapa kepada Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain, Husain Maarof meninggal dunia pada jam 1.45 tengah hari Khamis kerana sakit tua.

Abang kepada Razarudin, Abd Razak Husain berkata, Allahyarham menghembus nafas terakhir pada usia 91 tahun di kediamannya di Kampung Parit Seberang, Tanjung Ipoh, Kuala Pilah.

“Jenazah akan disolatkan di kediamannya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Seberang selepas solat Maghrib,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Khamis.

Allahyarham meninggalkan isteri Rahmah Abdul Rahman, 84, serta empat anak lelaki termasuk Razarudin dan seorang anak perempuan. - Bernama

Artikel Berkaitan: