'Siapa Pengerusi MKN Selangor bukan isu penting' - Amirudin

Dari kiri, Amirudin (kiri), Sze Han dan Ramli ketika membuat tinjauan operasi pembersihan KDEBWM Pasca Banjir di Padang Jawa pada Khamis.
Dari kiri, Amirudin (kiri), Sze Han dan Ramli ketika membuat tinjauan operasi pembersihan KDEBWM Pasca Banjir di Padang Jawa pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Soal siapa yang memegang jawatan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor bukan isu penting, sebaliknya usaha mengatasi masalah dan memenuhi keperluan mangsa banjir perlu diutamakan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perkara itu tidak perlu diperbesarkan kerana ramai langi mangsa banjir di negeri itu perlu dibantu.

"Tak apalah, saya hendak selesaikan masalah ini (banjir) lepas itu kita bincang siapa hendak jadi pengerusi (Majlis Keselamatan Negara di Selangor), tiada masalah bagi saya," katanya pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau operasi pembersihan KDEB Waste Management (KDEBWM) Pasca Banjir di Padang Jawa, di sini pada Khamis.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam negeri, Ng Sze Han dan Pengarah Urusan KDEBWM, Ramli Mohd Tahir.

Pada Rabu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Tan Sri Noh Omar berkata, beliau masih lagi Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor.

Berikutan itu, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang itu menafikan dakwaan Amirudin bahawa jawatan Pengerusi MKN Selangor sudah bertukar tangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Noh Omar bidas kenyataan Amirudin

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Amirudin berkata, beliau pada Rabu malam sudah pun selesai mempengerusikan mesyuarat MKN selepas menerima arahan nombor 20 pada Isnin lalu untuk mengadakan mesyuarat.

"Semuanya berjalan (lancar) dan sekarang ada dua isu penting iaitu bagaimana hendak surutkan air di dua daerah, Kuala Selangor dan Kuala Langat sebab air masih lagi bertakung.

"Kita berusaha membantu Jabatan Pengairan dan Saliran mengeluarkan air di Seri Muda dan selesai sepenuhnya. Selepas ini

perlu laksanakan pembersihan dan hari ini KDEBWM boleh masuk dan di Kuala Selangor kita lihat ada ban yang pecah.

"Ban berkenaan sedang diperbetulkan dan saya sudah minta Ahli Dewan Undangan Negeri Pandan Indah (Ir Izham Hashim) untuk melihat bagaimana kita boleh pam air keluar dengan segera di Kuala Selangor jadi dari segi maklumat dan datanya kita dalam keadaan terkawal," katanya.