X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 04 Julai 2022

DNA bola sepak Malaysia hilang arah tuju?

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin (dua, kiri) dan bekas Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal ketika pelancaran DNA bola sepak Malaysia di Subang pada 9 Julai 2019. FOTO: FB FAM
A
A

DNA bola sepak Malaysia yang dilancarkan pada Julai 2019 mula dipersoalkan pengkritik mahupun penyokong tempatan gara-gara prestasi hambar skuad Harimau Malaya pada Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura.

Mereka berpendapat DNA yang juga dipanggil The Malaysian Way atau 'Cara Malaysia' itu sudah tidak boleh diguna pakai biarpun hala tujunya menjurus sehingga tahun 2030 - sejajar peta Hala Tuju F:30.

MOHD AZRAAI
MOHD AZRAAI

Bagi jurulatih berpengalaman, Mohd Azraii Khor Abdullah, beliau berpandangan DNA yang diwujudkan itu seolah-olah tiada hala tuju jika dilihat dengan apa yang dipersembahkan anak-anak buah Tan Cheng Hoe baru-baru ini.

“Saya anggap DNA bola sepak Malaysia yang diperkenal sebelum ini dah gagal. Orang (Peter de Roo) yang buat DNA itu pun sudah tiada, jadi apa hala tuju pasukan negara sekarang.

“Secara peribadi, ketika Datuk Ong Kim Swee dilantik sebagai pengarah teknikal, saya beranggapan DNA itu dapat diteruskan memandangkan beliau orang tempatan dan tahu selok belok bola sepak negara.

“Tapi selepas beliau letak jawatan, terus saya lihat DNA tersebut seperti tiada hala tuju. Kata mahu bermain secara teratur tapi apa yang dipersembahkan ketika lawan Indonesia tempoh hari kita boleh lihat sendiri,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.

Secara umum, DNA bola sepak Malaysia adalah manifestasi falsafah bola sepak negara yang turut merangkumi sistem kejurulatihan yang seragam merentasi semua peringkat umur dari peringkat akar umbi sehingga elit.

Malah, DNA berkenaan merangkumi kaedah permainan yang menitik beratkan etika kerja sepasukan dengan menyerang secara teratur dan bertahan secara berpasukan.

Namun, projek tersebut umpama 'digantung tak bertali' selepas de Roo - individu yang bertangunggjawab mengkaji DNA bola sepak Malaysia seawal Oktober 2017 tidak menyambung kontraknya bersama FAM pada tahun lalu.

“Jadi saya minta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memikirkan semula apa yang sebenarnya diperlukan, mahu kekal dengan DNA sedia ada atau tambah baik bagi memulihkan kembali prestasi pasukan negara,” ujar Azraai.

Legenda bola sepak kebangsaan, Khalid Ali pula berpandangan apa yang perlu dilakukan FAM ketika ini adalah memperkasakan lagi program akar umbi bagi melahirkan pemain tempatan berkualiti.

“Masalah yang ada ketika ini bukan DNA, tetapi kita perlu terima kenyataan pemain kita sendiri yang tidak ada kualiti, untuk main sistem yang mahu FAM terapkan.

“Sebagai contoh, kalau jurulatih mahu terapkan formasi 4-3-3, pasukan perlu ada pemain yang laju dan mempunyai tahap kecergasan yang tinggi dan fizikal yang baik di mana pemain kita tidak ada.

“Jadi apabila pemain tidak mampu memenuhi sistem yang cuba diterapkan, jadi mereka akan lebih mudah hilang fokus dalam perlawanan dan tidak dapat lakukan tugasan dengan baik,” jelasnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!