Air mulai surut, jalan TTDI Jaya boleh dilalui

Tol Jelutong sudah boleh dilalui selepas air surut.
Tol Jelutong sudah boleh dilalui selepas air surut.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Jalan di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dan Tol Bukit Jelutong yang terhalang susulan kenaikan paras air pada pagi, Rabu telah boleh digunakan selepas air kembali surut.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, JBPM telah menerima laporan kejadian di TTDI itu pada jam 7 pagi yang telah menyebabkan Tol Bukit Jelutong ditutup kepada beberapa lorong.

"Bagaimanapun, keadaan mulai stabil selepas hujan mulai reda. Setakat jam 10 pagi, Tol Jelutong sudah boleh lalui. Manakala kawasan lain masih berada dalam keadaan baik, " katanya.

Sebelum itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menasihatkan pengguna mengelak menggunakan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Jaya dan Stadium Seksyen 13.

Menerusi kemas kini di Twitter, MBSA memaklumkan paras air di kawasan tersebut telah meningkat setakat jam 8.19 pagi.

"Memandangkan paras air di kawasan TTDI Jaya dan Stadium Seksyen 13 meningkat, mohon orang ramai untuk mengelakkan melalui kawasan tersebut. Terima kasih," menurut Twitter MBSA pada Rabu.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di lokasi berkenaan setakat jam 10 pagi Rabu mendapati, lokasi yang dimaksudkan itu kembali seperti sedia kala dan trafik bergerak lancar.

Artikel Berkaitan: