Henti hantar pakaian, perlu alat keperluan diri, makanan kering

Longgokan pakaian di Taman Sri Muda.
Longgokan pakaian di Taman Sri Muda.
A
A
A

SHAH ALAM - Sumbangan pakaian untuk mangsa banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25 tidak lagi diperlukan.

Pengurus Operasi Khidmat Malaysia Negeri Selangor, Shehdi Hazrik Shamsudin berkata, tempat pengumpulan bantuan di kawasan berkenaan sudah menjadi lambakan.

“Pihak kami mohon semua berhenti menghantar pakaian terpakai. Pakaian semua tidak perlu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini pada Rabu.

Shehdi Hazrik Shamsudin
Shehdi Hazrik Shamsudin

Bagaimanapun katanya, mereka masih menerima makanan kering, minuman, alat pembersihan diri, lampin pakai buang dan susu

Jelas beliau, bagi makanan sudah diproses pula, ia akan diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

JKM ada peruntukan berkaitan makanan proses. Kita hanya perlu makanan kering sahaja,” katanya.

Artikel Berkaitan: