Banjir: Pintu air Taman Sri Muda mula beroperasi semula

Pintu air di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini sudah beroperasi semula walaupun kerja-kerja pembersihan di kawasan itu berdepan kesukaran sejak Selasa. - Foto Facebook Mazlan Halil
Pintu air di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini sudah beroperasi semula walaupun kerja-kerja pembersihan di kawasan itu berdepan kesukaran sejak Selasa. - Foto Facebook Mazlan Halil
A
A
A

SHAH ALAM - Pintu air di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini sudah beroperasi semula walaupun kerja-kerja pembersihan di kawasan itu berdepan kesukaran sejak Selasa.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari melalui Twitter miliknya pada Rabu memaklumkan, pintu air itu menggunakan bekalan tenaga dan generator Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Menurutnya, usaha itu berjaya selepas Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bekerja keras mengalih kenderaan yang tersadai akibat dibawa arus banjir.

"Semalam (Selasa) MBSA dan ATM kerja keras sampai jam 3 pagi (pada Rabu) alihkan kenderaan tersadai yang telah halang dari generator dibawa ke pintu air.

"Dengan pintu air beroperasi proses penyurutan akan lebih pantas," ciapnya.

Pada Selasa, Exco infrastruktur dan pertanian Selangor Izham Hashim ketika dihubungi media memaklumkan, paras air di Taman Sri Muda surut pada kadar lebih perlahan berikutan pintu air yang 'tersekat'.

Artikel Berkaitan: