Kerja sedut 'banjir termenung' dijangka selesai hari ini

Abdul Latiff (dua dari kanan) ketika bercakap dalam sidang akhbar di Pusat Media Bergerak, Pusat Kawalan Operasi Bencana di Seksyen 25, Taman Sri Muda, di sini, pada Selasa.
Abdul Latiff (dua dari kanan) ketika bercakap dalam sidang akhbar di Pusat Media Bergerak, Pusat Kawalan Operasi Bencana di Seksyen 25, Taman Sri Muda, di sini, pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerja-kerja mengeluarkan air 'banjir termenung' di Seksyen 25, Taman Sri Muda di sini dijangka selesai sepenuhnya pada Selasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, proses untuk mengeluarkan air banjir di kawasan terjejas itu dipercepat dengan penggunaan sebanyak 24 pam air.

Beliau menjelaskan, daripada 24 pam air yang disediakan, 16 sudah diaktifkan ketika ini dan air yang disedut itu akan disalurkan ke Sungai Klang.

"Lebih 80 peratus (air di Seksyen 25, Taman Sri Muda) sudah dipam keluar dan hari ini juga (dijangka) akan dikeringkan.

"Jadi orang boleh cuci rumah, terutama sekali orang yang pindah ke pusat pemindahan banjir (PPS), apa pun itu pilihan mereka.

"Ihsan kita amat tinggi, bila dah kering (boleh) mula kerja cuci (kediaman masing-masing), (kita) gerakkan badan bukan kerajaan (NGO) yang ada di kawasan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Pusat Media Bergerak, Pusat Kawalan Operasi Bencana di Seksyen 25, Taman Sri Muda di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, Abdul Latiff berkata, setakat jam 2 petang Selasa, kira-kira 0.3 daripada satu meter air banjir di kawasan berkenaan masih belum disedut keluar.

Artikel Berkaitan: