Tun Mahathir dibenar keluar IJN beberapa hari lagi

Dr Mahathir Mohamad
Dr Mahathir Mohamad
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan dibenarkan keluar dalam beberapa hari lagi selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Dalam satu kenyataan, IJN berkata, sepasukan doktor yang menjalankan pemeriksaan terhadap Dr Mahathir berpuas hati dengan keputusan ujian yang diperolehi.

“Pasukan doktor yang merawat Tun Dr Mahathir berpuas hati dengan hasil pemeriksaan yang dilakukan sejak beberapa hari lepas.

“Berikutan ini, Tun Dr Mahathir akan dibenarkan keluar dalam tempoh beberapa hari lagi.

"Tun Dr Mahathir dan Tun Siti Hasmah mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakannya,” kenyataan itu menyebut.

Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 16 Disember lalu untuk menjalani pemeriksaan.

IJN memaklumkan, beliau menjalani beberapa pemeriksaan kesihatan yang dijangka selesai dalam tempoh beberapa hari. - Awani

ARTIKEL BERKAITAN: Tun Mahathir dimasukkan ke IJN

Artikel Berkaitan: