Cemas! penyelam ditelan ikan paus

Foto, Rainer Schimpf (gambar kecil) ditelan ikan paus Bryde di pantai Port Elizabeth, Afrika Selatan tular. - The Guardian
Foto, Rainer Schimpf (gambar kecil) ditelan ikan paus Bryde di pantai Port Elizabeth, Afrika Selatan tular. - The Guardian
A
A
A

CAPE TOWN - AFRIKA SELATAN . "Tiba-tiba pandangan gelap, menyedari saya ditelan ikan paus,"

Itu pengalaman dari seorang penyelam, Rainer Schimpf, 51, apabila ditelan ikan paus ketika menyertai ekspedisi mendokumentasikan hidupan laut di luar pantai Port Elizabeth, Afrika Selatan.

Bagaimanapun, dia bernasib baik apabila ikan gergasi jenis Bryde itu memuntahkannya kembali.

The Guardian melaporkan, Schimpf berenang bersama rakan namun keadaan bertukar menjadi gelap gelita dan menyedari dirinya telah ditelan ikan paus.

"Saya tidak tahu bagaimana ia berlaku, tetapi saya sedar sudah termasuk ke dalam mulutnya kerana merasai tekanan kuat pada bahagian pinggul.

"Ketika itu, saya hanya mampu bergantung kepada naluri," katanya.

Ekoran itu, Schimpf terus menahan nafasnya kerana khuatir ikan seberat 30 tan itu akan menyelam ke dasar dan meludahnya.

Nasib memihak kepada Schimpf apabila berjaya keluar dari mulut ikan paus itu melalui tekanan air yang dilepaskan mamalia itu.

Artikel Berkaitan:

Isteri Schimpf dan jurufoto antara yang menyaksi kejadian ngeri itu.

Schimpf tidak mengalami patah mahupun retak tulang dan berada dalam keadaan baik.

Sementara itu, video Schimpf bersama ikan paus itu menjadi tular dan dilihat hampir 8 juta kali dalam beberapa hari. - The Guardian