Percepatkan NAP persediaan hadapi cuaca tidak menentu

Meenakshi
Meenakshi
A
A
A

GEORGETOWN - Malaysia perlu bersedia menghadapi keadaan cuaca yang tidak menentu dengan mempercepatkan pelaksanaan Pelan Adaptasi Kebangsaan (NAP).

Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meenakshi Raman berkata, pelan yang menyediakan panduan berkenaan hal perundangan, urus tadbir, perancangan dan penyelarasan kaedah-kaedah adaptasi serta indeks adaptasi untuk mengukur tahap keterdedahan negara terhadap kesan-kesan perubahan iklim perlu dilaksanakan segera.

"Kita masih belum bersedia untuk menangani kesan perubahan iklim yang sedang atau akan berlaku. Kita perlu mengambil iktibar daripada kejadian cuaca yang tidak dijangka.

"Contohnya seperti yang berlaku di Lembah Klang. Selalunya kita hanya akan bersedia untuk menghadapi musim banjir di kawasan Pantai Timur. Di seluruh dunia, peristiwa cuaca melampau yang tidak dijangka ini sedang menjadi lebih kerap.

"Kita tidak boleh lagi menganggap kadar taburan hujan sebegini sebagai kejadian terpencil sebaliknya perlu membuat perancangan untuk menghadapi kejadian seperti ini," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau mendakwa, Malaysia gagal bertindak pantas walaupun mempunyai perancangan semenjak Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020) lagi iaitu untuk mengurangkan risiko bencana melalui adaptasi perubahan iklim serta memperkukuhkan pengurusan risiko bencana negara.

"Banyak persoalan yang timbul berkaitan hal ini. Adakah penggubal dan perancang dasar negara termasuk arkitek dan jurutera kita cukup arif dalam isu kesan perubahan iklim semasa dan akan datang? Adakah kita sedang merancang untuk menghadapi ancaman itu?

Meenakshi turut mencadangkan supaya negara sentiasa bersedia dengan ‘norma baharu’ akibat kesan perubahan iklim bagi mengelakkan pelaburan yang salah yang tidak memiliki kelestarian untuk jangka masa panjang.

Artikel Berkaitan:

"Pelan adaptasi segera yang merangkumi pendekatan berasaskan alam semulajadi amat diperlukan untuk memastikan bangunan, prasarana dan kawasan persisiran pantai mempunyai daya ketahanan terhadap bencana