Bekas anggota polis bantuan bebas tuduhan rogol

Mohamad Abdul Hafiz Abdul Kadir (tengah) dilepas dan dibebaskan atas tuduhan merogol remaja empat tahun lalu oleh Mahkamah Sesyen Segamat pada Isnin.
Mohamad Abdul Hafiz Abdul Kadir (tengah) dilepas dan dibebaskan atas tuduhan merogol remaja empat tahun lalu oleh Mahkamah Sesyen Segamat pada Isnin.
A
A
A

SEGAMAT - [DIKEMAS KINI] Seorang bekas anggota polis bantuan dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas tuduhan merogol remaja 15 tahun empat tahun lalu.

Hakim Norina Zainol Abidin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Mohamad Abdul Hafiz Abdul Kadir, 31, di akhir kes pendakwaan.

"Selepas mendengar dan mempertimbangkan keterangan pihak-pihak sepanjang perbicaraan di akhir kes pendakwaan ini, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

"Dengan ini, mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh tanpa dipanggil untuk bela diri," katanya.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol remaja perempuan yang berusia 15 tahun ketika kejadian, di tepi jalan di Taman Perindustrian Lapis di sini, antara 8 malam hingga 9.30 malam, Mac 2017.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintah jumlah wang jaminan sebanyak RM10,000 dibayar semula kepada tertuduh.

Timbalan Pendakwa Raya, Raudhah Mazman mengemukakan tujuh saksi pendakwaan sepanjang perbicaraan yang bermula sejak Julai 2020 manakala tertuduh diwakili peguam Mathan Anandaram.

Artikel Berkaitan: