Pemain Chelsea berisiko dijangkiti Covid-19

Thomas Tuchel
Thomas Tuchel
A
A
A

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel menyifatkan keselamatan pasukannya kini berada dalam keadaan berisiko selepas dipaksa beraksi menentang Wolverhampton Wanderers meskipun penularan Covid-19 sedang berlaku dalam skuadnya.

Sebelum ini pengendali berbangsa Jerman itu telah membuat rayuan berkenaan perkara tersebut namun ditolak oleh badan pengelola liga.

Malah pada perlawanan tersebut, Chelsea hanya berjaya menyenaraikan enam orang pemain di bangku simpanan termasuk dua penjaga gol ketika seri tanpa jaringan Molineux Stadium.

“Pasukan saya tidak selamat dan dalam keadaan berisiko ketika ini. Sebelum ini kita selalu bercakap mengenai keselamatan pemain tetapi ini jelas membahayakan pemain.

“Saya tidak terkejut kalau perlawanan selepas ini kami akan turun dan pasukan akan ada lebih ramai pemain yang dijangkiti Covid-19.

“Bagaimana penularan ini mahu berhenti jika kami masih duduk di dalam bas, makan bersama seperti tidak berlaku apa-apa dalam pasukan ketika ini,” katanya.

Bagaimanapun, Tuchel memuji aksi yang ditampilkan oleh anak buahnya meskipun gagal mengutip tiga mata penuh pada perlawanan tersebut.

Menurut Tuchel, pasukannya cuma kurang bernasib baik untuk menjaringkan gol memandangkan terdapat beberapa pemain yang terpaksa bermain di posisi baharu kerana kekurangan pemain.

Artikel Berkaitan:

“Saya tidak kisah dengan mata yang dikutip oleh kami pada perlawanan ini. Saya gembira dengan persembahan yang ditampilkan pasukan terutamanya pada babak kedua.

“Terdapat beberapa pemain terpaksa bermain di posisi baharu. Jadi saya rasa kami kurang bernasib baik pada perlawanan ini. Apa-apa pun pasukan bermain dengan bagus,” katanya.