Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2021 ditangguhkan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2021 yang dijadual dilaksanakan secara hibrid di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) pada 21 hingga 23 Disember 2021 ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan, penangguhan itu berikutan bencana banjir besar yang melanda negara serta menjejaskan beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang.

“Keputusan ini diambil sebagai pendekatan kementerian dalam usaha dan misi untuk memberikan tumpuan kepada membantu golongan sasar yang terjejas dan terkesan.

“Misi dan bantuan kepada golongan petani, penternak dan nelayan serta keseluruhan rantaian agromakanan yang turut terjejas ini bagi menjamin kelangsungan bekalan dan sekuriti makanan negara selain menjaga keselamatan, kesihatan awam dan kesejahteraan Keluarga Malaysia,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, MAFI berkata, pihaknya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas komitmen dan kerjasama yang telah diberikan secara langsung atau tidak langsung oleh semua pihak yang terlibat dalam persediaan penganjuran HPPNK 2021.

“Semoga sokongan padu dan kerjasama erat ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: