16 pemimpin PKR Sabah desak gugurkan Christina

Sangkar (tengah) menunjukkan kenyataan yang dikeluarkan bersama berhubung desakan menukar pimpinan MPN Sabah.
Sangkar (tengah) menunjukkan kenyataan yang dikeluarkan bersama berhubung desakan menukar pimpinan MPN Sabah.
A
A
A

KOTA KINABALU - Seramai 16 pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini mendesak supaya Datuk Christina Liew digugurkan sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah.

Ketua Cabang Keningau, Datuk Dr Sangkar Rasam menerusi kenyataan bersama berkata, desakan itu dibuat oleh Ketua Cabang, Pimpinan Wanita Negeri, Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri, Pimpinan Srikandi Negeri dan Ahli MPN lantikan.

"Kami seramai 16 Ketua Cabang, Pimpinan Wanita Negeri, Pimpinan AMK Negeri, Pimpinan Srikandi Negeri dan Ahli MPN lantikan dengan ini mendesak Pengerusi MPN Sabah ditukar dengan segera bagi memastikan PKR di Sabah ini bangkit semula.

"Pertukaran kepimpinan ini untuk memperkukuhkan cabang-cabang, wanita dan AMK yang ada di negeri ini bagi persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)," katanya pada sidang akhbar di sini pada Ahad.

Sangkar berkata, calon untuk menggantikan Chistina juga sudah dikenal pasti dan perkara itu dimaklumkan kepada Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Calonnya dalam kalangan Ketua Cabang juga. Perkara ini sudah dimaklumkan kepada Presiden. Sidang media ini untuk pengetahuan umum saja," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seramai 17 daripada 26 Ketua Cabang PKR Sabah didakwa telah menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menolak Christina sebagai Pengerusi MPN di negeri ini.

Artikel Berkaitan: