1,000 rumah penduduk di Taman Sri Nanding tenggelam paras bumbung

Sebahagian rumah penduduk di Taman Sri Nanding di sini ditenggelami air sehingga paras bumbung berikutan hujan berterusan lebih 48 jam sejak Jumaat.
Sebahagian rumah penduduk di Taman Sri Nanding di sini ditenggelami air sehingga paras bumbung berikutan hujan berterusan lebih 48 jam sejak Jumaat.
A
A
A

HULU LANGAT - Kira-kira 1,000 rumah penduduk di Taman Sri Nanding di sini ditenggelami air hingga paras bumbung berikutan hujan berterusan lebih 48 jam sejak Jumaat.

Seorang penduduk, Nor Sumayyah Muhmad Nek, 38, berkata, rumah mereka ditenggelami banjir bermula jam 8 malam Sabtu dan penduduk terpaksa bermalam di atas bumbung Surau Al Munir Taman Sri Nanding pada Sabtu.

"Selalunya Surau (Al Munir Taman Sri Nanding) tidak dinaiki air, tetapi kejadian semalam (Sabtu) luar biasa apabila air naik hingga ke bumbung kediaman kami," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Ahad.

Nor Sumayyah berkata, kejadian banjir dialami penduduk disifatkan terburuk dalam tempoh 30 tahun sejak menetap di perumahan terbabit.

"Kali terakhir banjir besar melanda taman perumahan pada 2012 dan itu pun tidak seteruk ini. Air melimpah dengan cepat. Kami hanya sempat mengalihkan harta benda ke tempat sedikit tinggi.

"Malangnya semua barangan termasuk motosikal tidak sempat diselamatkan apabila kawasan penempatan kami seperti pulau," jelasnya.

Bagaimanapun katanya, sehingga jam 12 tengah hari Ahad keadaan banjir semakin terkawal.

"Air ketika ini semakin surut kerana tiada hujan sejak tiga jam lalu dan berharap keadaan kembali pulih.

Artikel Berkaitan:

"Ramai penduduk masih berada di pusat pemindahan sementara, manakala ada juga yang sedang meninjau keadaan rumah akibat ditenggelami banjir," katanya.