Kemenangan besar GPS kemenangan rakyat Sarawak: Abang Johari

Abang Johari (tengah) yang juga Pengerusi GPS berucap ketika bersama pimpinan tertinggi parti meraikan kemenangan selepas GPS memenangi PRN Sarawak ke-12 dengan jumlah kerusi melebihi majoriti mudah di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) di sini, malam ini. - Foto Bernama
Abang Johari (tengah) yang juga Pengerusi GPS berucap ketika bersama pimpinan tertinggi parti meraikan kemenangan selepas GPS memenangi PRN Sarawak ke-12 dengan jumlah kerusi melebihi majoriti mudah di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) di sini, malam ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - [DIKEMAS KINI] Kemenangan besar Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 adalah kemenangan rakyat negeri itu khususnya dalam meletakkan Bumi Kenyalang sama rata dengan Semenanjung iaitu sebagai rakan kongsi wilayah dalam Malaysia.

Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kemenangan itu bermakna rakyat telah memberi mandat kepada gabungan politik berkenaan untuk Sarawak diutamakan.

Beliau berkata, ia juga isyarat bahawa kestabilan politik penting dalam meneruskan usaha pembangunan di Sarawak.

“Mandat ini juga memberikan kuasa kepada kita, GPS untuk meneruskan pembangunan ekonomi yang mampan dan juga dasar sosial yang mengutamakan rakyat.

“Ia juga memberi isyarat betapa pentingnya keterangkuman semua kaum dalam pembangunan negeri kita ke arah tahun 2030 tanpa mengira perbezaan etnik dan agama,” katanya ketika berucap selepas meraikan kemenangan gabungan itu di Bilik Gerakan GPS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini malam Sabtu. - Bernama

Abang Johari berkata, barisan pimpinan parti telah bekerja keras dalam memenangkan GPS dan kini tiba masanya untuk mereka bersama-sama menjalankan tanggungjawab serta menunaikan manisfeto pilihan raya.

"Saya berterima kasih kepada rakyat Sarawak yang memberi keyakinan kepada gabungan ini untuk memerintah negeri ke arah yang lebih cemerlang.

"Insya-ALLAH, kita akan membangun sebagai Sarawak yang maju dan berpendapatan tinggi pada 2030,” katanya yang turut menzahirkan penghargaan buat pasukan keselamatan,

Artikel Berkaitan:

Suruhanjaya Pilihan Raya dan agensi lain yang terlibat dalam memastikan PRN kali ini berjalan tenang serta lancar.

Pada sidang media, beliau berkata, kemenangan GPS menggambarkan rakyat turut memahami dasar yang dilaksana dan telah memberikan sokongan kuat terhadapnya.

Pada masa sama, Abang Johari turut menegaskan bahawa GPS tidak akan menerima ahli politik yang kalah dalam pilihan raya itu menyertai gabungan politik berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: GPS menang majoriti mudah, bentuk kerajaan negeri: SPR