Lelaki dihanyutkan arus deras Sungai Belat

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa ditangguhkan pada jam 6 petang tadi di Sungai Belat dekat Kampung Sri Damai pada Sabtu.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa ditangguhkan pada jam 6 petang tadi di Sungai Belat dekat Kampung Sri Damai pada Sabtu.
A
A
A

KUANTAN - Seorang penganggur dikhuatiri lemas di Sungai Belat dekat Kampung Sri Damai di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.25 pagi itu, mangsa Mohd Firdaus Supiardi, 26, dari Jaya Gading dipercayai telah dihanyutkan arus deras.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, ada saksi yang melihat mangsa terjun dari jambatan terbabit.

"Saksi memberitahu, mangsa datang ke lokasi kejadian dengan menaiki motosikal.

"Mangsa dilihat cuba berenang ke bahagian tepi sungai namun gagal disebabkan arus deras sungai berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Anggota yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dikhuatiri lemas selepas terjun ke dalam Sungai Belat dekat Kampung Sri Damai, Kuantan pada Sabtu.
Anggota yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dikhuatiri lemas selepas terjun ke dalam Sungai Belat dekat Kampung Sri Damai, Kuantan pada Sabtu.

Wan Mohd Zahari berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dengan kekuatan 22 anggota serta enam pegawai membabitkan pelbagai agensi iaitu polis, bomba dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani memberitahu, mangsa masih belum ditemui selepas operasi SAR sejauh tiga kilometer dari lokasi kejadian dilakukan.

Artikel Berkaitan:

Operasi Sar bagaimanapun ditangguhkan pada jam 6 petang tadi kerana faktor cuaca.