11 maut kejadian letupan di Karachi

Pasukan penyelamat khuatir kemungkian ramai lagi mangsa terperangkap di bawah runtuhan.- Foto Anews
Pasukan penyelamat khuatir kemungkian ramai lagi mangsa terperangkap di bawah runtuhan.- Foto Anews
A
A
A

KARACHI - Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh manakala berbelas lagi cedera dalam satu letupan yang menggegarkan Karachi, Pakistan pada Sabtu, menurut polis dan pegawai kesihatan.

Letupan berlaku di luar sebuah bangunan di daerah perindustrian, menyebabkan bumbung dan dinding bangunan itu runtuh, menurut Agensi Anadolu.

Seorang pegawai di Hospital Awam di Karachi, Sabir Memon memberitahu pemberita, sembilan mayat telah dihantar ke hospital manakala dua lagi mangsa meninggal dunia ketika dirawat.

"Kesemua 13 orang mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal," katanya.

Siasatan awal polis mendapati, letupan itu dipercayai akibat kebocoran saluran paip gas. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Rakaman disiarkan Geo TV menunjukkan penyelamat bertungkus lumus mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera.

Pasukan penyelamat khuatir kemungkian ramai lagi mangsa terperangkap di bawah runtuhan. - Bernama

Artikel Berkaitan: