MADA capai 100 peratus Aspirasi Keluarga Malaysia

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Haslina Abdul Hamid (dua kiri) menyerahkan cenderamata kepada mantan Pengurus Besar MADA, Datuk Fouzi Ali (kanan) pada Majlis Malam Setulus Budi MADA di Raia Hotel & Convention Centre, di sini, pada Jumaat.
Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Haslina Abdul Hamid (dua kiri) menyerahkan cenderamata kepada mantan Pengurus Besar MADA, Datuk Fouzi Ali (kanan) pada Majlis Malam Setulus Budi MADA di Raia Hotel & Convention Centre, di sini, pada Jumaat.
A
A
A

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berjaya mencapai sasaran 100 peratus bagi Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM).

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Haslina Abdul Hamid berkata, pencapaian itu bagi penyaluran bantuan dan insentif untuk meningkatkan taraf hidup kumpulan sasar iaitu melalui pelaksanaan program MAFI Prihatin.

“Untuk tujuan AKM, MADA menyalurkan bantuan kepada 1,370 penerima MAFI Prihatin dengan nilai RM100,400. Syabas saya ucapkan di atas pencapaian ini.

‘Bagi pelaksanaan Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB), MADA juga mencapai sasaran seluas 100 hektar seperti ditetapkan,” katanya ketika berucap di Majlis Malam Setulus Budi MADA di Raia Hotel & Convention Centre, di sini, pada Jumaat.

Hadir sama, Pengerusi MADA, Ahmad Tarmizi Sulaiman; Pengurus Besar MADA, Kamarudin Dahuli; Timbalan Pengurus Besar (Pertanian); Zulkifli Romli dan Timbalan Pengurus Besar (Teknikal) Nik Kun Nik Man.

Menurut beliau, MADA menyahut seruan MAFI bagi melaksanakan program Smart SBB di MADA bagi meningkatkan hasil padi dan pendapatan pesawah.

“Terdapat dua syarikat yang telah bersetuju bagi pelaksanaan program SMART SBB di Kawasan Muda iaitu Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas),” katanya.

Beliau berkata, beberapa cadangan dan pendekatan baharu yang boleh menarik minat pesawah untuk menyertai program SMART SBB telah dibuat hasil daripada perbincangan pihak syarikat peneraju.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, beliau memberitahu, tahun 2021 merupakan tahun mencabar bagi rakyat Malaysia apabila diuji dengan ketidakstabilan ekonomi dan politik yang berpunca daripada pandemik Covid-19.

“Cabaran ini turut dirasai di seluruh dunia yang telah mengubah norma kehidupan kita,” katanya.

Tambah beliau, MAFI juga memainkan perana penting sebagai ‘essential services’ dalam memastikan bekalan makanan kepada rakyat mencukupi dan tersedia.

Sebelum itu, Sinar Harian antara sembilan media menerima sijil penghargaan sebagai mengiktiraf sumbangan media berhubung liputan berkaitan MADA sepanjang 2021 sempena Majlis Malam Setulus Budi.