Tanah runtuh, Jalan Jimah - Sendayan ditutup

Anggota JKR sedang melakukan pemantauan di kawasan tanah runtuh.
Anggota JKR sedang melakukan pemantauan di kawasan tanah runtuh.
A
A
A

PORT DICKSON - Jalan Jimah Lama - Sendayan menuju ke Port Dickson berhampiran Bayu Sutera, di sini ditutup kedua-dua arah untuk semua kenderaan berikutan tanah runtuh.

Kejadian kira-kira jam 5 pagi itu disedari anggota bantuan banjir di kawasan berkenaan ketika sedang melakukan pemantauan.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Syukri Madnor berkata, kejadian dipercayai berlaku lebih awal kerana hujan lebat berterusan sejak malam Jumaat.

JKR sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan bagi mengelakkan lebih banyak tanah runtuh.
JKR sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan bagi mengelakkan lebih banyak tanah runtuh.

"Anggota APM dan bomba yang turun ke lokasi banjir di Kampung Jimah jam 5.50 pagi mendapati terdapat tanah runtuh akibat laluan air melimpah.

Sementara itu tinjauan Sinar Harian di lokasi pada Sabtu mendapati, Jabatan Kerja Raya sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan.

Difahamkan kejadian dipercayai berpunca daripada longkang projek perumahan bersebelahan jalan runtuh dan menyebabkan paip pecah.

Artikel Berkaitan: