Perhilitan rampas daging buaya

Bungkusan disyaki daging buaya yang dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Melaka, pada Khamis.
Bungkusan disyaki daging buaya yang dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Melaka, pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) merampas bungkusan hidupan liar disyaki daging buaya dalam serbuan di sebuah premis di Melaka, pada Khamis.

Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, serbuan pada jam 6.30 petang itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Perhilitan Kuala Lumpur bersama Perhilitan Melaka.

"Pemeriksaan di premis itu menemui satu bungkusan disyaki daging buaya seberat 1 kilogram bernilai RM500.

"Siasatan awal dipercayai daging itu diimport sebelum dipasarkan untuk pasaran tempatan," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata, seorang lelaki berusia 37 tahun telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Batu Berendam, Melaka dan barang kes telah dibawa ke Jabatan Perhilitan Melaka untuk tindakan selanjutnya.

"Kes akan disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716)," katanya.

Artikel Berkaitan: