Tiga penuntut IPT ditahan di pusat hiburan positif dadah

Polis menahan lapan pengunjung pusat hiburan di Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur selepas didapati positif dadah dalam serbuan pada Khamis.
Polis menahan lapan pengunjung pusat hiburan di Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur selepas didapati positif dadah dalam serbuan pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga penuntut institut pengajian tinggi (IPT) antara lapan pengunjung pusat hiburan di Jalan Dutamas 1, di sini, yang ditahan selepas didapati positif dadah, pada Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sahar Abd Latif berkata, kesemua mereka ditahan dalam Ops Bersepadu Pusat Hiburan dan Pematuhan Covid-19 oleh sepasukan anggota JSJN Kuala Lumpur bersama Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Selangor bersama D7 Kuala Lumpur bermula jam 11 malam.

"Seramai 49 individu diperiksa terdiri daripada 37 warga tempatan dan 12 warga asing. Hasil pemeriksaan dan ujian air kencing yang dijalankan mendapati, lapan individu berusia lingkungan 19 hingga 30 tahun termasuk tiga wanita positif dadah.

"Semakan yang dibuat juga mendapati tiga lelaki adalah penuntut IPT termasuk dua daripadanya masing-masing adalah warga Iraq dan Syria," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, pusat hiburan itu juga dikesan menyediakan minuman keras untuk pelanggan.

Katanya, kesemua tangkapan direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan tindakan turut diambil di bawah Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 4 Akta Hiburan serta Perkara 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Artikel Berkaitan: