Pencemaran Sungai Semenyih: Polis buka kertas siasatan

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 15 di sini berhubung pencemaran bau di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih pada Khamis.
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 15 di sini berhubung pencemaran bau di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih pada Khamis.
A
A
A

SEPANG - Polis membuka kertas siasatan berkaitan insiden pencemaran sumber air di lembangan Sungai Semenyih, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu yang berlaku kira-kira jam 8.58 pagi pada Khamis mengenai bau abnormal yang dikesan di Muka Sauk Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih di Jenderam Hilir, Dengkil.

"Siasatan di lokasi kejadian dilakukan Unit Forensik IPK Selangor dengan mengambil lima sampel air di laluan sebagaimana dinyatakan pengadu serta di muka sauk LRA.

"Sampel juga diambil dari dalam premis kilang yang disyaki, sampel perbandingan yang diambil oleh pihak pengadu iaitu Pakar Air Selangor diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk perbandingan.

"Kesemua sampel dihantar ke Jabatan Kimia untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Tambah Wan Kamarul Azran, pemilik sebuah premis telah dipanggil untuk dirakam keterangan berhubung insiden berkenaan.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 430 Kanun Keseksaan. Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya selepas siasatan lengkap," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: LUAS lapor polis berhubung pencemaran bau di LRA

Artikel Berkaitan: