Cools sudah tiba di Singapura

Dion Cools tiba di Singapura bagi menyertai latihan bersama skuad negara bagi mengharungi saingan Piala Suzuki AFF 2020. - Foto FAM
Dion Cools tiba di Singapura bagi menyertai latihan bersama skuad negara bagi mengharungi saingan Piala Suzuki AFF 2020. - Foto FAM
A
A
A

TONGGAK pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools sudah pun tiba di Singapura bagi menyertai latihan bersama skuad negara bagi mengharungi saingan Piala Suzuki AFF 2020.

Pemain yang beraksi dengan kelab FC Midtjylland dalam saingan Liga Denmark akan menyertai latihan bersama rakan-rakan sepasukan lain petang ini, menjelang aksi terakhir Kumpulan B, berdepan Indonesia, pada Ahad di Stadium Nasional, Singapura.

Dikhabarkan, Cools bakal bergandingan dengan seorang lagi pemain pertahanan negara, Dominic Tan berikutan kecederaan dua tonggak pertahanan, Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Shahrul Saad menjelang pertemuan dengan skuad Garuda itu.

Cools 25, menunjukkan aksi mantap bersama Aidil Zafuan, ketika beraksi pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE), Jun lalu.

Diharapkan, kehadiran Cools dapat membantu memantapkan lagi benteng pertahanan skuad negara bagi mengekang asakan-asakan daripada jentera serangan Indonesia pada perlawanan berkenaan.

Artikel Berkaitan: