Loji ayam Thailand, China sah untuk dieksport ke Malaysia

Pengawasan halal ke atas loji yang telah diberi kelulusan mengimport ayam ke Malaysia daripada Thailand akan dipantau dan diselia oleh badan pengesahan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim. Foto hiasan
Pengawasan halal ke atas loji yang telah diberi kelulusan mengimport ayam ke Malaysia daripada Thailand akan dipantau dan diselia oleh badan pengesahan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim. Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan bahawa kesemua sembilan loji ayam di Thailand dan dua dari China yang tersenarai sah status kelulusan untuk dieksport ke Malaysia.

Menurut kenyataan bersama DVS dan Jakim, kelulusan pelanjutan status eksport loji-loji tersebut telah dipersetujui dan disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pengiktirafan Abatoir dan Loji Pemprosesan Luar Negara (JTPALLN) yang bersidang pada 29 Mei 2020.

Jelas kenyataan tersebut, JTPALLN dianggotai oleh pegawai-pegawai DVS, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), Jakim dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

“Pengawasan halal ke atas loji yang telah diberi kelulusan mengimport ayam ke Malaysia daripada Thailand akan dipantau dan diselia oleh badan pengesahan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim.

“Ia adalah The Central Islamic Council of Thailand (CICOT). Tempoh sah pengiktirafan JAKIM ke atas CICOT bermula pada 6 September 2021 hingga 31 Disember 2023,” katanya pada Khamis.

Menurut kenyataan media itu, kenyataan bersama ini adalah bagi menjelaskan kekeliruan penceramah bebas yang mempertikaikan kenyataan media DVS terdahulu berhubung isu berbangkit yang ditularkan baru-baru ini.

Mengulas lanjut, pengiktirafan badan pensijilan halal Shandong Halal Certification Service (SHC) sebagai badan yang diiktiraf oleh Jakim bermula daripada 23 Januari 2020 sehingga 23 Januari 2022.

Jelasnya, memandangkan tempoh pengiktirafan beberapa badan persijilan halal yang diiktiraf oleh Jakim termasuklah SHC akan tamat pada 23 Januari 2022, remote audit dilaksanakan kepada badan-badan pensijilan halal luar negara berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Ia dilakukan pada 5 April 2021 sehingga 20 April 2021 untuk proses pembaharuan pengiktirafan ini,” ujarnya.

Tambah kenyataan itu, pada 17 Jun 2021, Mesyuarat Jawatankuasa Pengesahan Pengiktirafan Halal Luar Negara, Jakim telah meluluskan pembaharuan pengiktirafan kepada SHC bermula 24 Januari 2022 hingga 31 Disember 2023.

Jelas kenyataan itu, sijil baharu belum dikeluarkan kerana tempoh pengiktirafan sedia ada kepada badan pensijilan ini masih belum tamat.

“Kelulusan pembaharuan pengiktirafan Badan Persijilan Halal tersebut telah dipersetujui dan disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengesahan Pengiktirafan Halal Luar Negara, Jakim yang bersidang pada 17 Jun 2021,” katanya.