Lelaki mati ditembak ketika cuba melarikan diri

Suspek telah melanggar beberapa kenderaan dalam usahanya melarikan diri di persimpangan lampu isyarat hingga menyebabkan beberapa kenderaan rosak. - Foto Facebook
Suspek telah melanggar beberapa kenderaan dalam usahanya melarikan diri di persimpangan lampu isyarat hingga menyebabkan beberapa kenderaan rosak. - Foto Facebook
A
A
A

KUCHING - Polis menembak mati seorang pemandu kereta lelaki dipercayai cuba merempuh sepasukan polis yang sedang melakukan rondaan di persimpangan Jalan Simpang Tiga - Batu Lintang di sini, malam ini.

Dalam kejadian kira-kira 7.40 malam itu, lelaki yang memandu kereta jenis Proton Saga itu dikatakan berada dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak memecut laju kenderaannya ketika diarahkan polis untuk berhenti bagi tujuan pemeriksaan oleh anggota polis yang bertugas.

Difahamkan, suspek yang masih belum dikenal pasti identiti itu telah melanggar beberapa kenderaan dalam usahanya melarikan diri di persimpangan lampu isyarat hingga menyebabkan beberapa kenderaan rosak.

Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan selepas suspek cuba melanggar beberapa anggota trafik yang mahu menahan suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Lukas Aket ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan di lokasi. - Bernama

Artikel Berkaitan: