Nik Ezanee dilantik juruiring PM: KPN

Pelantikan Nik Ezanee sebagai juruiring Perdana Menteri berkuat kuasa pada Rabu. - Foto ihsan Polis Selangor
Pelantikan Nik Ezanee sebagai juruiring Perdana Menteri berkuat kuasa pada Rabu. - Foto ihsan Polis Selangor
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal dilantik menjadi 'Aide-de-Camp' (ADC) atau Juruiring kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perkara berkenaan disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani ketika dihubungi Bernama malam ini.

"Benar,” katanya ketika diminta mengesahkan mengenai pelantikan Nik Ezanee.

Difahamkan pelantikan berkenaan berkuat kuasa pada Rabu dan kekosongan jawatan Ketua JSJ akan digantikan dalam masa terdekat.

Nik Ezanee, 43, dilantik menjadi Ketua JSJ Selangor pada 12 April lepas selepas memegang jawatan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya pada 17 Feb 2020.

Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai ACP Perhubungan Antarabangsa Urus Setia Ketua Polis Negara (Pentadbiran) di Bukit Aman pada 2016. - Bernama

Artikel Berkaitan: