Kean Yew tenang lepasi ranjau Wraber

Kean Yew
Kean Yew
A
A
A
PEMAIN Singapura, Loh Kean Yew meneruskan kemaraan ke pusingan ketiga Kejuaraan Dunia di Huelva, Sepanyol selepas menewaskan pemain Austria, Luka Wraber 21-4, 21-8.

Kean Yew yang berstatus ranking 22 dunia tidak berdepan masalah menjinakkan Wraber yang berkedudukan ke-93 dunia dalam masa 25 minit akan menentang pemenang perlawanan antara pemain Jerman, Kai Schaefer menentang pemain Thailand, Kantaphon Wangcharoen.

Pemain berusia 24 tahun itu sebelum ini mencipta sensasi apabila menyingkirkan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan juara dunia 2017, Viktor Axelsen pada pusingan pertama.

Kean Yew kelahiran Pulau Pinang bangkit tewas set pertama untuk menjinakkan Axelsen yang juga pilihan kedua kejuaraan dengan kemenangan 14-21, 21-9, 21-6.
Artikel Berkaitan: