SPRM tahan pembantu tadbir hospital universiti salah guna kedudukan

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada Rabu menahan seorang pembantu tadbir sebuah hospital universiti awam, bagi membantu siasatan berhubung salah guna kedudukan membabitkan pembekalan kelengkapan hospital, dianggarkan bernilai lebih RM300,000.

Menurut sumber, suspek merupakan wanita berumur 53 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor pada 2.50 petang, selepas hadir memberi keterangan.

“Suspek telah menyalahgunakan kedudukannya dengan terlibat dalam keputusan memilih syarikatnya sendiri bagi kerja-kerja pembekalan kelengkapan kakitangan sebuah hospital universiti awam, yang dianggarkan berjumlah lebih RM300,000 dari tahun 2017 sehingga 2020.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Katanya lagi, suspek tersebut ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi Khamis bagi pertuduhan. - Bernama

Artikel Berkaitan: