Ramli dikurniakan DIMP bawa gelaran Datuk

Rambli Mohd Nor
Rambli Mohd Nor
A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi Amanah Raya Berhad (AmanahRaya), Datuk Ramli Mohd Nor antara 57 penerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun Hari Keputeraan Ke-62 Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

AmanahRaya dalam satu kenyataan berkata, Ramli merupakan Ahli Parlimen Cameron Highlands telah dilantik sebagai Pengerusi AmanahRaya pada 15 Mei 2020.

"AmanahRaya mengucapkan tahniah kepada Ramli atas pengurniaan tersebut," jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Ramli terlibat dalam pelbagai persatuan dan menjalankan kerja-kerja sosial serta menyandang jawatan penting dalam pertubuhan bukan kerajaan seperti Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia dan merupakan sumber rujukan penting dalam Badan Penasihat Komuniti Orang Asli di Cameron Highlands.

"Ramli mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan awam selama 34 tahun dan beliau telah mempamerkan kecemerlangan dalam melaksanakan tugas-tugas kepolisan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM)," jelas kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: