Pusat ternakan ikan air tawar

No Image Caption
A
A
A

Permandangan Pusat ternakan ikan air tawar di Empangan Hidro Elektrik Batang Ai yang terletak kira-kira 270 km dari Bandaraya Kuching ketika tinjauan hari ini.

Dibina oleh Sarawak Energy Berhad (SEB) pada 1985, loji hidroelektrik tertua di Sarawak dengan kapasiti 108 megawatt ini masih kekal utuh dan terus menjana tenaga hingga hari ini.

Empangan ini menyimpan tenaga yang dikumpul dalam takungan berkeluasan 90km persegi, 649 meter lebar dan 85 meter tinggi.

Ia peranan besar dalam menyediakan pelbagai peluang ekonomi yang telah membantu mengubah nasib penduduk setempat, sekali gus menjadikan tenaga hidro sebagai sumber tenaga diperbaharui paling bernilai untuk dibangunkan di Sarawak.

Kawasan tadahan Batang Ai meliputi kawasan hutan hujan terlindung luas terletak dalam lingkungan Taman Negara Batang Ai seluas 24,000 hektar dan Tempat Perlindungan Hidupan Liar Lanjak-Entimau seluas 182,000 hektar. - Foto Bernama.

Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Ribuan penumpang terkandas

No Image Caption
GALERI

Keputusan UPKK 2023

No Image Caption
GALERI

Pameran Luna Light Wonderland 2024

No Image Caption
GALERI

Majlis Pelancaran Majalah InPenang