Richarlison berdepan rehat panjang

Richarlison
Richarlison
A
A
A

PENYERANG sensasi Everton, Richarlison terpaksa disisihkan bagi satu tempoh yang lama dari saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mengalami kecederaan betis.

Pemain berusia 24 tahun itu sebelum ini dikeluarkan pengendali Rafa Benitez selepas rehat ketika kekalahan 3-1 di Crystal Palace hujung minggu lalu, keputusan disambut dengan ejekan dalam kalangan penyokong kelab tersebut.

Bagaimanapun Benitez mempertahankan keputusan mengantikan Richarlison dengan Salomon Rondon sambil menyifatkannya tindakan itu perlu bagi mengelakkan risiko yang lebih serius terhadap tonggak skuad Samba itu.

Jurucakap The Toffees, Richarlison telah dipaksa keluar pada awal separuh masa kedua di Selhurst Park dan imbasan seterusnya mendedahkan pemain Brazil itu mengalami koyakan di betisnya.

"(Richarlison) yang mempunyai tiga gol liga musim ini, dijangka diketepikan selama beberapa minggu," kata Everton dalam satu kenyataan.

Kelab Merseyside itu juga mengalami satu lagi tamparan apabila pemain sayap Andros Townsend mengalami keretakan kecil di kakinya semasa perlawanan menentang The Eagles dan akan dinilai oleh pakar akhir minggu ini.

Sementara itu, status kapten The Toffees, Seamus Coleman juga diragui untuk perlawanan liga menentang Chelsea selepas mengalami lebam tulang dan kerosakan tisu lembut semasa penghujung babak berdepan Palace.

Skuad kendalian Benitez kini bergelut dengan empat kekalahan dalam lima perlawanan terakhir, berada di tempat ke-14 dalam kedudukan liga dengan 18 mata selepas mengharungi 16 perlawanan.

Artikel Berkaitan: