Sila log masuk terlebih dahulu.

10 lemas, bot bawa PATI karam di Tanjung Balau

Sekurang-kurang 10 lemas selepas bot membawa 60 PATI karam di perairan Tanjung Balau awal pagi tadi. - Foto Maritim Negeri Johor
Sekurang-kurang 10 lemas selepas bot membawa 60 PATI karam di perairan Tanjung Balau awal pagi tadi. - Foto Maritim Negeri Johor
A
A
A

KOTA TINGGI - [DIKEMASKINI] Seramai 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) lemas selepas bot yang dinaiki karam di perairan Tanjung Balau di sini, awal pagi Rabu.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam berkata, bot yang membawa 60 PATI itu dilaporkan karam akibat cuaca buruk pada jam 4.30 pagi.

"Pihak Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima laporan kejadian daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Penawar yang memaklumkan menerima maklumat daripada pihak Markas Taktikal Tanjung Sepang mengenai penemuan bot tersebut bersama PATI di pantai Tanjung Balau.

"Berdasarkan maklumat awal, dianggarkan seramai 60 orang PATI berada di dalam bot dan 21 orang dilapor selamat manakala 10 mayat telah ditemui," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Menurut Nurul Hizam, Maritim Malaysia seterusnya mengaktifkan Op Carilamat pada jam 8.50 pagi.

"Maritim Malaysia juga mengatur gerak pesawat AW 139 Agusta, kapal KM Tegas dan bot Petir 50 bagi mengesan dan mencari baki mangsa yang terlibat," katanya.

Artikel Berkaitan: