Pembangkang tidak sokong pindaan RUU Akta 342: Anwar

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Barisan blok pembangkang tidak akan menzahirkan sokongan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021.

Menurut Ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan ahli-ahli Parlimen serta suara rakyat yang bimbang berhubung jumlah kompaun yang keterlaluan.

“Setelah memperinci keseluruhan RUU ini, mendengar pandangan ahli-ahli Parlimen dan respon rakyat yang sangat gusar dengan jumlah denda dan kompaun yang keterlaluan.

"Perkara itu mungkin membuka ruang berlakunya salah guna kuasa, rasuah, serta amalan ‘antara dua darjat’, saya dan saf Pembangkang tidak boleh menyokong RUU ini dalam bentuk yang telah dibentang,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kompaun RM1,000 tidak berkesan'

Cadangan pindaan Akta 342 dibentang di Parlimen Khamis ini

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Port Dickson itu turut menyatakan telah memaklumkan keputusan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Selasa telah mencadangkan lima peruntukan baharu terhadap RUU berkenaan.

Ini merangkumi 10 seksyen di bawah Akta 342 yang akan ditambah baik bagi memastikan kesinambungan pengawalan dan pencegahan Covid-19 di negara ini. - Awani

Artikel Berkaitan: