Speedy Tigers alih tumpuan ke Piala Asia 2022

Arulselvaraj
Arulselvaraj
A
A
A

SPEEDY Tigers terus kekal positif walaupun kecewa kerana tidak dapat beraksi dalam kejuaraan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2021, iaitu kejohanan pertama selepas dua tahun akibat isu Covid-19.

Ketua Jurulatih, Arulselvaraj berkata, Speedy Tigers yang kini menjalani kuarantin sehingga 15 Disember meneruskan sesi latihan mereka secara maya, bagi kekal cergas untuk kejuaraan lain tahun hadapan terutamanya Piala Asia 2022 dari 2 hingga 5 Mei yang menjadi sesi kelayakan untuk Piala Dunia 2023.

“Kami telah memulakan latihan hari ini menggunakan Zoom untuk seminggu, sehingga hujung minggu ini, kerana ada yang di kuarantin 10 hari dan ada yang tujuh hari. Selepas itu kami akan meneruskan latihan seperti biasa,” kata ketika dihubungi.

Skuad hoki negara tidak dapat menyertai ACT yang dijadualkan dari 14 hingga 22 Disember di Dhaka, Bangladesh selepas pemain Faizal Saari diuji positif Covid-19 pada 8 Disember yang menyebabkan pasukan itu terpaksa menarik diri daripada kejohanan tersebut.

Ia tamparan kedua KHM selepas pasukan wanita tidak dibenarkan menyertai ACT wanita yang dijadualkan berlangsung dari 5 hingga 11 Disember di Donghae, selepas Nurul Faezah Shafiqah Khalim, 21, positif Covid-19 pada ujian sebaik tiba di Korea Selatan pada 29 November menyebabkan keseluruhan pasukan diletakkan di bawah kuarantin. - Bernama

Artikel Berkaitan: