Hamzah, Saifuddin dahului senarai penerima darjah, pingat Pahang

Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kanan) berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin - Foto Bernama
Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kanan) berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin - Foto Bernama
A
A
A

PEKAN - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah mendahului senarai 128 penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-62 Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah berkenan menyempurnakan istiadat penganugerahan itu di Istana Abu Bakar di sini pada Selasa.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berangkat ke majlis santapan yang berlangsung selepat tamat istiadat pengurniaan tersebut.

Hamzah dan Saifuddin antara 15 penerima darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri bersama-sama ialah Ahli Lembaga Pengarah Deru Semangat Sdn Bhd, Datuk Raja Shaharudin Shah Raja Jalil Shah; Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kesihatan, Datuk Mohd Shafiq Abdullah dan KSU Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Penerima lain ialah Ketua Pengarah (KP) Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud; Timbalan Panglima Tentera Udara Markas Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan; Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya dan bekas KSU Kementerian Kerja Raya, Datuk Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan.

Turut menerima SSAP ialah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed; bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob; bekas Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Gabungan AQRS Bhd, Datuk Azizan Jaafar; Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank, Datuk Abdul Farid Alias dan bekas KP Kastam, Datuk Paddy Abd Halim.

Sementara itu, sembilan individu dianugerahkan darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk iaitu Timbalan Menteri Kewangan, Mohd Shahar Abdullah; KP Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Mohd Ridza Awang; Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak; Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Yazid Arshad; Panglima Operasi Udara Markas Pemerintahan Operasi Udara, Leftenan Jeneral Datuk Mohammad Salleh Osman.

Penerima SIMP lain ialah Panglima Bantuan Udara Markas Pemerintahan Bantuan Udara, Leftenan Jeneral Datuk Muhamad Norazlan Aris; bekas Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Azimah Abdul Hamid dan Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Datuk Dayang Fatimah Tom Abang Saufi.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, 23 lagi menerima darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang juga membawa gelaran Datuk antaranya Penasihat Undang-Undang Pahang, Saiful Edris Zainuddin; Pengarah Urusan One Builtwell, Wan Putera Shahril Wan Shalihudin; Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Dr Zulkifle Ali; CEO Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Datuk Ahmad Hairi Hussain.

Penerima lain ialah Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong, Kolonel Datuk Nazim Mohd Alim; bekas Setiausaha Polis Datuk Othman Nanyan; KP Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Ibrahim Ismail; KP Jabatan Perumahan Negara, N Jayaselan; KP Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Malaysia, Dr Khairil Anwar Abu Kassim dan Naib Canselor Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah, Prof Madya Dr Mohd Zawawi Zainal Abidin.

Turut menerima DSAP ialah CEO Institut Penyelidikan dan Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, Dr Gerald Sundaraj; KP Latihan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional, Mejar Jeneral Mohd Azmi Mohd Yusoff; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara Markas Pendidikan dan Latihan Udara, Mejar Jeneral Mohd Shahada Ismail; Asisten Ketua Staf Kejuruteraan Markas Tentera Udara, Mejar Jeneral Mohamad Razip A Samad.

Penerima lain ialah Asisten Ketua Staf Material Markas Tentera Udara, Mejar Jeneral Zainal Abdul Manaf; Ketua Staf Am Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat, Mejar Jeneral Zaidan Atan; Pemimpin Veteran DAP yang juga bekas Ahli Dewan Undangan di Pahang, Leong Ngah Ngah; Ketua AMANAH Temerloh, Syed Hamid Syed Mohamed dan bekas Timbalan KSU, Kementerian Alam Sekitar dan Air Azizah Ariffin.

Sultan Pahang juga berkenan mengurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada 57 penerima antaranya Juruiring Tentera Laut Yang di-Pertuan Agong, Laksamana Pertama Datuk Sharum Shaim; bekas KP Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Datuk Dr Mohammad Naim Yaakub; Timbalan Setiausaha Badan Amal Kasih Sayang (BAKASA), Datin Che Norsiah Mohammad; Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Pahang, Hafizah Zakaria.

Turut dianuerahkan DIMP ialah CEO Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang, Mohd Faizal Jaafar; CEO Unit Pembangunan Wilayah Ekonomi Pahang Barat Plus, Harizah Hassan; Pegawai Pelaburan Perniagaan Negeri Pahang, Kamarul Arifin Ahmad; CEO Pahang Corporation Sdn Bhd, Mohd Khusaini Harumaini dan CEO Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Baidzawi Che Mat.

Turut menerima DIMP ialah Juruiring Tentera Darat Yang di-Pertuan Agong, Brigedier Jeneral Sharizan Wan Chik; Penasihat Ketenteraan kepada Menteri Kanan Pertahanan, Brigedier Jeneral Khairul Anuar Abd Aziz; Ketua Staf Markas Wilayah Udara 1, Brigedier Jeneral Abdul Halim Abu Hassan; Juruiring Polis Yang di-Pertuan Agong, Senior Asisten Komisioner (SAC) Azry Akmar Ayob; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, SAC S Suresh Kumar; bekas Pengarah Pendidikan Pahang, Zaimi Abu Bakar dan bekas Pengarah Kastam Pahang, Maimon Zaid.

Penerima lain ialah Pengarah Operasi Gading Kasturi Sdn Bhd, Mejar (B) Mohd Nazri Nazarudin; CEO Maybank Investment Bank, Fad'l Mohamed; Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Bisnis Malaysia (MyBHA), Emmy Suraya Hussein dan pesara guru, Kabtiah Zakariah yang pernah mendidik Tengku Hassanal pada sesi persekolah di Sekolah Rendah St Thomas di Kuantan.

Pada istiadat itu, Sultan Pahang juga berkenan mengurniakan darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada lima penerima, darjah Setia Mahkota Pahang (SMP) kepada empat penerima, darjah Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) kepada tiga individu, darjah Ahli Mahkota Pahang (AMP) kepada tujuh penerima, Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) kepada empat penerima manakala seorang individu dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK). - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!