Sindiket seludup migran kerja ladang tumpas

Polis menahan dua ahli sindiket penyeludupan warga asing dan 13 migran warga Myanmar menerusi Op Pintas di Telom, Pahang pada Ahad.
Polis menahan dua ahli sindiket penyeludupan warga asing dan 13 migran warga Myanmar menerusi Op Pintas di Telom, Pahang pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sepasukan anggota Bahagian (D3) Pencegahan Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pada Ahad menumpaskan sindiket penyeludup migran asing yang dikatakan untuk bekerja di kawasan ladang di Lojing, Cameron Highlands.

Serbuan dalam Op Pintas di Telom, Pahang pada jam 2.20 pagi itu turut menahan dua ahli sindiket masing-masing lelaki warga Myanmar dan tempatan berusia 30 dan 31 tahun.

Ketua Penolong Pengarah D3 ATIPSOM, JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, turut ditahan ialah 13 migran warga Myanmar terdiri daripada 11 lelaki dan dua wanita dalam sebuah van dipercayai dalam perjalanan dari Kedah ke Cameron Highlands, Pahang.

"Polis kemudian merampas dua telefon bimbit, sebuah van dan alat kawalan jauh untuk siasatan lanjut," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Menurutnya, siasatan mendapati ahli sindiket warga Myanmar itu berperanan sebagai ejen yang mengurus dan menerima migran yang baru tiba di Malaysia.

Beliau memberitahu, polis percaya sindiket ini aktif sejak dua bulan lalu selain mengupah warga tempatan sebagai 'transporter' yang menghantar migran dari utara semenanjung ke destinasi ditetapkan.

Polis menahan dua ahli sindiket penyeludupan warga asing dan 13 migran warga Myanmar menerusi Op Pintas di Telom, Pahang pada Ahad.
Polis menahan dua ahli sindiket penyeludupan warga asing dan 13 migran warga Myanmar menerusi Op Pintas di Telom, Pahang pada Ahad.

"Soal siasat mendapati migran ini dikenakan bayaran RM5,000 oleh ejen di negara asal untuk masuk ke Malaysia sebelum dihantar bekerja di ladang-ladang kawasan berhampiran Lojing," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, siasatan masih dijalankan untuk mengesan ahli sindiket yang masih bebas.

"Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands untuk tindakan lanjut.

"Dua ahli sindiket itu kini telah direman selama 28 hari sehingga 8 Januari manakala migran terbabit direman 14 hari sehingga 25 Disember ini," katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 26A ATIPSOM 2007.