KPJ Pasir Gudang tak isytihar 'external disaster'

Kenyataan yang tular semalam.
A
A

JOHOR BAHRU - Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang menafikan kenyataan menerusi aplikasi WhatsApp dan platform media sosial yang tular mengenai pengisytiharan 'external disaster', semalam.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hazarul Azly Hamzah berkata, Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang menegaskan tiada pengisytiharan 'External Disaster' diumumkan pihak hospital sehingga kini.

"Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang menasihatkan orang ramai supaya lebih prihatin dalam menyebarkan maklumat yang belum pasti kesahihannya.

"Elak daripada mempercayai dan menyebar maklumat palsu yang boleh menimbulkan kerisauan kepada masyarakat setempat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, tular di aplikasi WhatsApp dan media sosial bahawa Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang mengesahkan 'external disaster' berikutan tiada katil Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk menerima mangsa pencemaran bahan kimia.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia