Filem LGBT: Yadim gesa SKMM ambil tindakan segera

Aduan disampaikan kepada Unit Aduan Pengguna SKMM oleh pegawai Yadim.
Aduan disampaikan kepada Unit Aduan Pengguna SKMM oleh pegawai Yadim.
A
A
A

CYBERJAYA - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung sebuah filem berunsur lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang dipercayai bakal ditayangkan kepada tontonan umum.

Perkara itu dinyatakan menerusi hantaran di Facebook Yadim pada Isnin.

Menurut Yadim, aduan itu disampaikan kepada Unit Aduan Pengguna SKMM oleh pegawainya.

"Selain itu, Yadim turut mengenalpasti aplikasi yang mempunyai unsur yang sama iaitu dalam senarai App Store/Google Play Store,"menurut hantaran tersebut.

Aduan berkenaan dibuat susulan kenyataan Yang Dipertua Yadim, Nasrudin Hassan yang sebelum ini menyatakan akan melaporkan berkenaan isu siri filem dalam bentuk kandungan digital yang dikatakan berunsur LGBT kepada SKMM.

Beliau turut menggesa SKMM mengambil tindakan segera atas sebarang kandungan digital atau cetak yang berunsurkan LGBT.

Artikel Berkaitan: