Projek ROL: Pengindahan sungai capai 100 peratus

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias (bawah) menjawab soalan tambahan daripada Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya, yang mahu tahu Bilakah kerja-kerja pembangunan tanah-tanah berpotensi di sepanjang sungai akan dimulakan.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias (bawah) menjawab soalan tambahan daripada Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya, yang mahu tahu Bilakah kerja-kerja pembangunan tanah-tanah berpotensi di sepanjang sungai akan dimulakan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perlaksanaan kerja-kerja pembangunan tanah-tanah berpotensi di sepanjang sungai di bawah Program River of Life ( ROL) dilaksanakan secara berperingkat.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias bagaimanapun berkata, salah satu komponen ROL iaitu pengindahan sungai telah dilaksanakan 100 peratus.

"Untuk komponen pembersihan sungai sepanjang 110 kilometer, kita sudah capai 95 peratus manakala komponen pengindahan yang membabitkan 10.7 kilometer telah dilaksanakan 100 peratus termasuk untuk laluan riadah, laluan berbasikal, kiosk dan sebagainya serta pengindahan melibatkan aspek pencahayaan.

"Bagaimanapun untuk pembangunan kawasan tanah berhampiran mengambil masa peringkat demi peringkat," katanya ketika sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Negara pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya, yang mahu tahu bilakah kerja-kerja pembangunan tanah-tanah berpotensi di sepanjang sungai akan dimulakan supaya pelaburan bagi projek ROL dapat dikutip semula.

RoL melibatkan lapan sungai sepanjang 110 kilometer di sekitar ibu kota iaitu Sungai Klang, Gombak, Batu, Jinjang, Keroh, Kerayong, Ampang dan Bonus.

Kerajaan telah membelanjakan RM4 bilion untuk ROL dalam kerja-kerja pembersihan dan pengindahan sungai.

Artikel Berkaitan: