Hamilton tabik Verstappen

Hamilton (kanan) bersama dengan Verstappen selepas perlumbaan F1 di GP Abu Dhabi. - Foto AFP
Hamilton (kanan) bersama dengan Verstappen selepas perlumbaan F1 di GP Abu Dhabi. - Foto AFP
A
A
A

PELUMBA Mercedes, Lewis Hamilton menerima kekalahan kepada Max Verstappen, selepas penguasaan kejuaraan tujuh musim Formula Satu (F1) pelumba berusia 36 tahun itu berakhir di tangan pesaing utamanya yang berusia 24 tahun di Grand Prix (GP) Abu Dhabi.

“Pertama, tahniah kepada Max dan pasukannya. Saya percaya kami telah melakukan kerja yang menakjubkan tahun ini. Pasukan saya, semua orang di kilang, baik lelaki atau wanita yang telah bekerja keras sepanjang tahun ini. Ia adalah musim yang paling sukar.

“Saya sangat berbangga dengan mereka, sangat bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan bersama mereka,” ujarnya yang berusia 23 tahun ketika menang gelaran pertama pada 2008.

Kekalahan kepada pelumba Belanda itu juga menyaksikan pelumba Britain tersebut gagal melakukan kejutan untuk kejuaraan F1 kelapan yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Artikel Berkaitan: