Persiapan Manchester United terjejas

Kelab Manchester United mula dibadai wabak Covid-19 setelah terdapat segelintir pemain dan kakitangan dilaporkan positif.
Kelab Manchester United mula dibadai wabak Covid-19 setelah terdapat segelintir pemain dan kakitangan dilaporkan positif.
A
A
A

KELAB gergasi Inggeris, Manchester United mula dibadai wabak Covid-19 setelah terdapat segelintir pemain dan kakitangan dilaporkan positif, sekali gus menjejaskan persiapan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Brentford.

Anak buah Ralf Rangnick yang menang 1-0 ke atas Norwich City di Carrow Road sebelum ini dijangka bertandang ke Brentford pada Rabu.

Media Britain melaporkan bahawa sejumlah kecil pemain dan kakitangan yang mengembalikan ujian Covid-19, didapati positif dan arah pulang sebelum sesi latihan pasukan, dengan pentadbir EPL dimaklumkan mengenai situasi itu.

Laporan itu juga mengatakan bahawa kumpulan pemain dan kakitangan yang ke Norwich sebelum ini mengembalikan keputusan negatif sebelum perlawanan menentang The Cannaries.

Untuk rekod, perlawanan Brighton & Hove Albion menentang Tottenham Hotspur yang dijadualkan berlangsung pada Ahad, dibatalkan selepas beberapa kes Covid-19 di Tottenham minggu lalu.

Kerajaan Britain sebelum ini menaikkan tahap amaran Covid-19, sebagai tindak balas kepada penyebaran pantas varian Omicron.

Artikel Berkaitan: