Tahap keselamatan di Pasir Gudang cetus kebimbangan

Noor Azleen
Noor Azleen
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pihak berkuasa negeri melalui Jawatankuasa Bertindak Bencana di peringkat negeri disarankan agar segera membuat penilaian menyeluruh terhadap status kesihatan dan tahap keselamatan kawasan Pasir Gudang.

Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang, Noor Azleen Ambros berkata, hasil penilaian menyeluruh status kesihatan dan tahap keselamatan itu pastinya akan meredakan keresahan serta kebimbangan penduduk.

“Sekali gus membantu penduduk membuat persiapan dan mengambil langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya, selain tidak terpengaruh dengan khabar-khabar angin dari sumber yang tidak sahih,” katanya di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN 260 pelajar, orang awam mangsa baharu pencemaran

Noor Azleen berkata, tragedi pencemaran bahan kimia dan sisa toksik yang melanda Pasir Gudang pada masa kini, amat dikesali.

“Sehingga semalam, dilaporkan lebih 200 individu dari beberapa buah sekolah kawasan sekitar serta petugas perubatan sedang dan masih menerima rawatan di beberapa buah hospital, pusat perubatan swasta dan klinik-klinik kesihatan yang terdapat sekitar Pasir Gudang dan Johor Bahru.

“Namun, apa yang lebih membimbangkan sebenarnya adalah tahap keselamatan dan status kesihatan kawasan sekitar Pasir Gudang yang masih tidak jelas khususnya dalam lingkungan beberapa radius kilometer dari lokasi kawasan kejadian tercemar,” katanya.

Beliau berkata, rata-rata penduduk di Pasir Gudang masih tidak pasti dan tertanya-tanya akan status kesihatan dan tahap keselamatan kawasan penempatan dan perumahan di kawasan tersebut.

Artikel Berkaitan: