260 pelajar, orang awam mangsa baharu pencemaran

Mangsa baharu turut membabitkan 102 pelajar SMK Tanjung Puteri Resort.
Mangsa baharu turut membabitkan 102 pelajar SMK Tanjung Puteri Resort.
A
A
A

PASIR GUDANG - Seramai 260 orang mangsa baharu melibatkan pelajar dan orang awam susulan pencemaran kimia di Sungai Kim Kim, pagi ini.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian, Dr Sahruddin Jamal mengesahkan jumlah itu kepada media selepas melawat Dewan Komuniti Taman Pasir Putih kira-kira jam 2 petang.

Dr Sahruddin ketika ditemui media.
Dr Sahruddin ketika ditemui media.

"Sekarang yang telah menerima rawatan 260 orang daripada dua buah sekolah dan orang awam," katanya.

Mangsa melibatkan 102 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort dan 56 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort dengan 52 orang dihantar ke Hospital Sultan Ismail serta Hospital Sultanah Aminah.

Difahamkan, penduduk yang menerima rawatan membabitkan kawasan Taman Tanjung Putri, Taman Pasir Putih, Jalan Lampam, Jalan Sluang, Jalan Kaloi dan Jalan Selayang.