Muafakat Nasional bukan hak eksklusif parti tertentu

Gambar kecil: Syed Mohd Johan
Gambar kecil: Syed Mohd Johan
A
A
A

ALOR SETAR - Muafakat Nasional (MN) tidak seharusnya menjadi hak eksklusif parti ataupun kelompok tertentu semata-mata.

Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ketua Pemuda UMNO Alor Setar, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Masri berkata, tidak ada sesiapa menjadi abang besar ataupun abang kecil dalam MN.

Beliau melahirkan kekecewaan apabila rakan Pas tidak habis-habis cuba memaksa UMNO untuk menerima kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

"Sebenarnya, MN terbentuk dengan penuh linangan air mata dan ia dibentuk lebih besar yang sepatutnya menjadi pedoman dan kepercayaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Jadi, pembentukan MN bukanlah hak ekslusif untuk UMNO, Pas atau parti tertentu sahaja tetapi perlu eksklusif kepada semua," katanya ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Alor Setar di sebuah hotel di sini, pada Sabtu.

Syed Mohd Johan Rizal menegaskan MN tidak sepatutnya dijadikan kerjasama politik yang boleh didagang oleh mana-mana pihak.

"Semangat MN meletakkan semua fungsi presiden parti berada di satu tempat dan kedudukan sama, maka tidak ada sesiapa menjadi abang besar abang kecil," katanya.

Bagaimanapun, beliau sedih dan bimbang apabila MN cuba untuk diruntuhkan dan kini menunggu sebarang keputusan pucuk pimpinan berhubung kerjasama tersebut.

Artikel Berkaitan: