Mangsa buli dirawat di hospital, alami kecederaan tisu lembut

Mangsa berusia 13 tahun itu menerima rawatan lanjut di sebuah hospital di Selangor.
Mangsa berusia 13 tahun itu menerima rawatan lanjut di sebuah hospital di Selangor.
A
A
A

IPOH - Mangsa buli melibatkan pelajar Tingkatan Satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar telah menerima rawatan di hospital dan berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa berusia 13 tahun itu menerima rawatan lanjut di sebuah hospital di Selangor.

Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan doktor, mangsa ada mengalami kecederaan tisu lembut dalam badan.

"Keadaannya stabil, namun masih dirawat di hospital untuk pemantauan doktor," katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, bapa pelajar berkenaan telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Selangor.

"Keterangan mangsa telah diambil untuk membantu polis melengkapkan kertas siasatan kes ini," katanya.

Mior Faridalathrash dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan seramai 10 pelajar lelaki telah dipanggil untuk beri keterangan bagi membantu siasatan kes itu.

Daripada 10 yang dipanggil itu, sembilan pelajar berusia 13 tahun manakala seorang berusia 15 tahun, kesemua mereka akan dibebaskan dengan jaminan polis sebaik selesai diambil keterangan.

Artikel Berkaitan:

Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes itu di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 233 Akta komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis Perak siasat video buli pelajar sekolah

Tujuh pelajar, mangsa dipanggil beri keterangan

Buli: Empat pelajar ditahan bantu siasatan

Buli: Dua lagi pelajar ditahan

ARTIKEL BERKAITAN: Mara diarah lakukan siasatan terperinci kes buli pelajar<