Adun Tendong macam kanak-kanak nakal: Roslan

Rozi telah memadamkan berita itu dan memohon maaf kepada semua pihak.(Gambar kecil: Roslan Ismail)
Rozi telah memadamkan berita itu dan memohon maaf kepada semua pihak.(Gambar kecil: Roslan Ismail)
A
A
A

KOTA BHARU – Sesuai dengan taraf sebagai pemimpin Pas, mereka tidak sepatutnya memburukkan pemimpin negara apatah lagi bertindak sebagai ejen penyebar fitnah.

Pengarah Komunikasi PKR, Roslan Ismail berkata, PKR Kelantan kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Adun Tendong, Rozi Muhamad kerana mempercayai maklumat yang disebarkan oleh pembuli cyber.

Menurutnya, beliau mengambil sesuatu maklumat tanpa mengambil kira kebenaran dan kesahihan sebelum menyebarkan perkara tersebut dan menulis dengan kata-kata yang tidak baik.

“Saya hormat dan kagumi beliau selaku pemimpin di negeri ini, tapi tidak sangka beliau mempunyai perwatakan seperti kanak-kanak nakal.

“Walaupun kita mempunyai ideologi politik berbeza tetapi beliau sepatutnya meletakkan rasa hormat kepada pemimpin negara seperti Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Roslan berkata, menyebarkan berita tidak sahih dan berunsur fitnah merupakan perbuatan yang tidak wajar lebih-lebih lagi apatah lagi dilakukan oleh pemimpin Pas yang cukup tinggi ilmu agama.

Kelmarin, Rozi berkongsi satu kenyataan berhubung hak kebebasan LGBT di Malaysia yang mempercayai ia dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, setelah menerima kecaman dan menyedari kesilapan yang dilakukan, Rozi akhirnya memadamkan berita itu dan memohon maaf kepada semua pihak.

Artikel Berkaitan: