TEKUN Nasional peruntuk RM200 juta bantu peniaga kecil terjejas

Noh bergambar bersama pengetua sekolah pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang dan Majlis Penyerahan ID dan Password Tutor Mahir di IPP Tanjong Karang pada Sabtu.
Noh bergambar bersama pengetua sekolah pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang dan Majlis Penyerahan ID dan Password Tutor Mahir di IPP Tanjong Karang pada Sabtu.
A
A
A

TANJONG KARANG - Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional menyediakan peruntukan sebanyak RM200 juta menerusi Skim Pembiayaan Informal (SPIN) bagi membantu peniaga kecil yang terjejas akibat penularan pandemik Covid-19.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Tan Sri Noh Omar berkata, fokus bantuan itu tertumpu kepada peniaga kecil yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tidak memiliki lesen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan mereka yang berniaga di rumah.

Menurutnya, setiap usahawan terbabit layak membuat pembiayaan maksimum sehingga RM10,000 bagi memulihkan perniagaan masing-masing.

"Selain pembiayaan, kita juga menawarkan moratorium sehingga setahun kepada usahawan terjejas," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang dan Majlis Penyerahan ID dan Password Tutor Mahir di Institut Pengurusan Peladang (IPP) Tanjong Karang, di sini pada Sabtu.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, selain itu, pembiayaan SPIN turut menawarkan pembiayaan tanpa caj pada Mei lalu.

"Skim ini bertujuan membantu memulih dan memulakan semula perniagaan usahawan yang terkesan ekoran pandemik Covid-19.

"Selain itu, proses permohonannya mudah dan mereka hanya perlu membuktikan mereka berniaga untuk proses kelulusan," katanya.

Artikel Berkaitan: