Penyertaan Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2021 dibuka

Institut Akhbar Malaysia
Institut Akhbar Malaysia
A
A
A

SHAH ALAM - Penyertaan bagi Hadiah Kewartawanan Malaysia- MPI (Institut Akhbar Malaysia) Petronas 2021 mula dibuka kepada semua pengamal media di negara ini.

MPI dalam satu kenyataan memaklumkan, penyertaan dibuka untuk karya-karya yang telah disiarkan dan diterbitkan antara 1 Januari dan 31 Disember 2021.

Sebanyak 18 kategori yang akan dipertandingkan, antaranya Hadiah Wartawan Muda A Samad Ismail, Laporan Berita Cemerlang, Kewartawanan Penyiasatan Cemerlang, Penulisan Rencana Cemerlang, Penulisan Kolum/Rencana Pengarang Cemerlang, Kewartawanan Alam Sekitar Cemerlang-Petronas dan Kewartawanan Multimedia Terbaik.

Turut dipertandingkan ialah kategori Kewartawanan Foto Cemerlang, Foto Esei Cemerlang, Berita Video Terbaik, Dokumentari Video Terbaik, Infografik Terbaik, Desain Halaman Pertama Terbaik dan Laporan Radio Terbaik.

“Pencalonan dibuka kepada semua organisasi media dan individu untuk mencalonkan penyertaan bagi kategori Tokoh Wartawan Negara, Tokoh Media Negara atau Anugerah Khas Juri yang telah membuktikan keghairahan mereka, dedikasi, iltizam dan kualiti kewartawanan sepanjang karier mereka.

“Pencalonan hendaklah berserta latar belakang calon dan hujah bertulis mengenai karya atau tulisan, sumbangan fikiran, jasa bakti atau kegiatan calon berkenaan. Pencalonan yang diterima perlu lengkap dengan justifikasi dan pencapaian individu berkenaan serta akan dinilai oleh sebuah panel khas yang dipengerusikan oleh Ketua Panel Hakim.

“Bayaran penyertaan yang dikenakan adalah sebanyak RM100 bagi ahli dan RM200 bagi bukan ahli, manakala tarikh tutup penyertaan ialah pada 28 Februari 2022,” jelas kenyataan berkenaan pada Jumaat.

Mereka yang berminat, boleh melayari laman web https://mpi.my/release/hkm-2021-dibuka untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Artikel Berkaitan: