Tukang kayu warga Indonesia maut digilis jentolak

Orang ramai berada di lokasi kejadian seorang tukang kayu yang maut digilis jentolak di sebuah premis perniagaan di Kilometer 29 Jalan Kuala Pilah - Simpang Pertang, Jempol pada Jumaat. - Foto ihsan Polis Jempol
Orang ramai berada di lokasi kejadian seorang tukang kayu yang maut digilis jentolak di sebuah premis perniagaan di Kilometer 29 Jalan Kuala Pilah - Simpang Pertang, Jempol pada Jumaat. - Foto ihsan Polis Jempol
A
A
A

JEMPOL- Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas digilis sebuah jentolak dalam kejadian di sebuah pusat perniagaan di Kilometer 29 Jalan Kuala Pilah - Simpang Pertang, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu membabitkan mangsa seorang tukang kayu berusia 45 tahun dengan sebuah jentolak yang dipandu seorang lelaki berusia 66 tahun.

"Mangsa datang ke premis berkenaan untuk membeli barangan membuat rumah.

"Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku semasa pemandu jentolak sedang melakukan kerja di dalam premis tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Jelas Chang Hook, semasa proses memindah barangan, pemandu jentolak sudah memanggil dan meminta mangsa beralih ke kawasan selamat namun ketika hendak mengundur pemandu tidak mengetahui mangsa sudah berada di belakang jentolak menyebabkan mangsa terus digilis.

Katanya, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Jempol bagi tujuan bedah siasat.

"Siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: